*tajuk di atas tiada kena mengena dengan isi post ini*
Malam tadi ade majlis tahlil di rumah mak saudara saya.
kami maghrib berjamaah, and ada tahlil ringkas, baca yasin, and ada tazkirah ringkas sementara menunggu waktu isya'.
seronok dengar pegisian malam tadi. antara yang menarik adalah bila orang yang memberi tazkirah itu (abang ipar kepada makcik saya tu), mengutarakan kata-kata salah seorang sahabat Nabi Muhammad (maaf, saya tak ingat siapa), iaitu:
"orang mati berada dalam alam barzakh, macam berada di lautan luas, berenang-renang, yang tidak tahu bila akan sampai di pantai."
saya rephrase ayat tapi tu lah maksudnya. faham tak? kan kalau kita berenang, kita penat kan? bayangkan lah, kalau berenang, yang tak tahu bila nak sampai ke pantai, mesti lah lagi penat kan? so, kita boleh bantu mereka dengan cara, memberikan pelampung, iaitu, sedekahkan Al-Fatihah, SELALU. saya ingat lagi, dulu ada orang pernah beritahu saya, setiap kali kita melintasi kubur (kubur orang Islam je lah ye), sedekahkan lah Al-Fatihah untuk para penghuni kubur. yelah, kita juga akan menjadi penghuni kubur juga satu hari nanti. *insaf sekejap*
Quote of the day: Never Stop Fighting!
Saturday, May 29, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

0 ulala:
Post a Comment